Sekapur Sirih

PUAN HJH AZAH HJ ISMAIL

(PENGETUA)

“Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.. Alhamdulilah, terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana blog Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Putatan ini dapat dihasilkan.

Sesungguhnya blog ini adalah sebagai satu perkongsian pintar yang dapat dijadikan sumber rujukan utama kepada semua warga sekolah khasnya dan masyarakat seluruhnya dalam usaha memerangi najis dadah yang semakin membimbangkan kita.  Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Unit PPDa SMK Putatan kerana usaha ini.

Kepada semua pelawat blog ini, marilah kita bersama-sama berkongsi idea-idea bernas, semoga usaha untuk mencapai Visi Kementrian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan “Sekolah Bebas Dadah pada tahun 2012 tercapai dengan jayanya.

Sekian dan terima kasih.

%d bloggers like this: